Impian Anglers slide show

Impian Anglers Crew 2011 Slide Picture

Aktiviti Pertama Kami Tahun 2012

Trip Pertama Tahun 2012 Impian Anglers Keperairan Sg besar-Sempadan Malaysia-Indonesia Pada March Dan April 2012.Kepada Yang Berminat Sila Hubungi Pengerusi Anglers En Azlan Di Talian 012-9731300 Atau Pengarah Teknikal Impian Anglers En Jo 012-2136732 Atau 012-23904471.
NOTA
Bagi Mereka Yang Ada Ciri Ciri Mabuk Laut,Takut Tak Tentu Pasal,Meroyan Tiba Tiba,Ada Masaalah Seksual,Sawan Babi,Gila Babi,Darah Tinggi Dan Jantung Kronik Tidak Di Benarkan Ikut Serta,Pihak Impian Anglers Tidak Akan Bertanggungjawab Jika Berlaku Sesuatu Terhadap Mereka Yang Cuba Menyembunyikan Personaliti Diri Yang Ada Ciri Ciri Di Atas..Harap Maklum

Wednesday 21 September 2011

Trip Kepulau Jarak 17 dan 18.09.2011

SILA LAWATI VIDEO KAMI DI YOUTUBE TAIP
IMPIAN ANGLERS PULAU JARAK

Pulau Jarak merupakan sebuah pulau yang agak jauh dari Tanah Besar,jarak dari Tanah Besar atau Lumut Perak dalam sekitar 34 km dan mempunyai keluasan lebih kurang 8 hektar dan purata kedalaman sekitar pulau ini anggaran 45m hinga 50m.Pulau ini tidak mempunyai pasir pantai melainkan batu batu dan tebing yang curam,kepada yang berminat memancing persisir pulau ini sangat sesuai sebagai distinasi memancing
Trip kali ini dianggotai oleh 8 orang ahli IMPIAN ANGLERS yang datang dari MERU KLANG, Lubuk sasaran adalah sekeliling pulau jarak sahaja. kerana ini adalah lebih kepada trip pengenalan bagi TEAM IMPIAN ANGLERS dgn 8 orang ahli.Trip 2 hari 1 malam ini menyasarkan spesis ikan-ikan karang 'Table Size' yang sememangnya banyak terdapat di sekitar pulau ini
Rileks Tunggu Bot Datang


Belum Naik Bot Dah Pening..adoiii

Team Impian Anglers tiba di lokasi untuk menaiki bot (Teluk Muruh) sekitar jam 8.00 pagi. Masing-masing mengambil kesempatan untuk berehat sebentar sambil menunggu bot AD-1 mengambil dan memunggah peralatan dan bekalan ke dalam bot yang sampai pada jam 8.30 pagi.
Inilah Bot Hensem Yang Kami Naik

 Sekitar jam 8.45 pagi, bot pancing yang dikemudi oleh Tekong AD dgn dibantu oleh 2 awak awak  memulakan perjalanan ke Pulau Jarak. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 3-4 jam.dimanfaatkan dengan membuat ikatan tali perambut dan tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk 'merehatkan badan, semasa dlm perjalanan terdapat  kawanan ikan lumba-lumba menghampiri bot namun tidak berkesempatan merakamkan aksi ikan lumba-lumba sebagai tanda kenang-kenangan
Akuu BOS..Kena Duduk Sorang Sorang Atas Niii
Tok Bilal,Tok Iman Dan Tok Siak..Semua Ada.
Nak Secawaaann.Senaman Kembangkan Punggung
Aku Paling Hensem Sekali Taaauuuuu
 kami singgah di lubuk pertama tekong mencadangkan agar kami mencuba teknik jigging kebetulan di lubuk ini kelihatan banyak spesis ikan aruan tasik berlegar berhampiran unjam  TEAM IMPIAN ANGLERS  tidak melepaskan peluang untuk mempraktikkan teknik jigging dengan berbekalkan  JIG STARLIT bersaiz 150 gram ke 200gram. Tidak sampai 5 minit mengunjun jig kami telah disambar aruan tasik bersaiz mega tanpa segan silu, kawanan ikan aruan tasik disini tidak sombong malahan tidak memilih warna jig yang kami bawa mungkin spesis ini rabun warna agaknya 
sebahagian besarnya memdominasi bersaiz sekitar 8kg hingga 25 kg. di antara lain spesis ikan yang sudi menjamah JIG kami ialah yu cicak yang rata-ratanya juga bersaiz 10kg – 20kg. Kami sangat berpuas hati dengan hasil di lubuk yang pertama.


Duduk Dgn Sopan..Mancing Ke Makan Angin Abg Jo Tuuu (baju kuning)
Jeha
Zaidi Atau Nama Glamournya PUNAI
Rudy
Azlan
Rosdy..Control Macho Nampak


Hasni

Aktiviti pancingan sebelah petang agak suram kerana tidak satu pun dari flying jig atau popper kami disambar oleh sekawanan ikan ikan GT yang bermaharaja lela di pesisir pulau jarak.Pada  awal malam akiviti mencandat sotong dilakukan namun hanya seekor sotong sahaja yang berjaya dicandat walaupun terdapat banyak kelibat sotong menghampiri bot AD-1 setelah dilimpahi cahaya dari sportlight .Pertengahan malam kami mengambil keputusan berlabuh di tepi pulau untuk memburu spesis ikan sisik sambil mengharap ikan pemangsa lain seperti Tenggiri, Talang dan Gerepuh untuk membaham hirisan kembung dan sotong  Usaha kami berhasil dengan beberapa ekor spesis jenahak dan kerapu seberat 2 hingga 3kg yang berjaya kami tawan dengan kaedah pancingan dasar



Arus air yang sangat laju menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kurangnya hasil pancingan  pada sebelah malam. Sekitar pukul 3.30 pagi semua ahli mengambil keputusan untuk tidur bagi mengumpul tenaga untuk keesokan harinya

 Sekitar jam 7.30 pagi,Hujan lebat berserta ribut sedikit sebanyak menggangu aktiviti kami.Hari kedua tidak banyak bezanya dengan semalam kerana kawanan specis GT dan cupak enggan melahap flying jig dan popper yang kami hulurkan. Kami pula beralih kepada teknik trolling,


Macam Askar Vietnam
Abg AD Tgh Memasak..Masakannya Memang Sedap
Jejaka Hensem Katakan..Kena Control Macho
Saya Abg Long...Saya Bukan ALONG
Hujan Dgn Ribut..Semua Ikan Cabut
Abg Jo..Tgh Di Buai Mimpi..Katanya Mimpi Kena Kejor Hantu
Mantap
Popper Ni Harap Mahal Jee..Sekor Ikan Pun Tanak Sambar

Teknik ini juga tidak memihak kepada kami,  

Sebahagian ahli kembali mencuba teknik popping sekali lagi kami dihampakan apabila popper kami hanya dibaham seketika sang GT yang berjaya melepaskan diri terlebih dahulu sebelum dapat kami daratkan. Faktor arus air yang sangat laju berserta hujan lebat dengan alunan ombak besar menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan hasil teknik poping dan trolling

Hujan Berterusan Hingga Ke pukul 10.00 pagi

 Bos kami..Pengerusi Impian Anglers En Azlan Tgh Memikirkan Sesuatu

apoo den nak buek niiii...adoiiiii
Jam 2.00 petang kami berangkat pulang, kami sempat singgah dilubuk aruan tasik,
Macam Belangkas Dia Org nii
Macam Mana Tok Bilal Boleh Jadi Camni nii
Tengah Baca Doa

 Kali ini kami melakukan kaedah tangkap dan lepas.

Tangkap Dan Humban




Jejaka Paling Hensem Abad Ini

Kami mempertaruhkan peralatan seperti  JIG STARLIT 100g dan rod jigging PE2 dan PE3 dengan tali utama jenis suffix gold dan spider red berkekuatan 30-50 paun beserta spinning dari jenis Shimano alivio dan Ryobi Applause 8000 serta AP Power 8000. Satu demi satu specis aruan tasik seberat 15-25kg kami naikan dengan selamba sambil gudang garam suria berasap asap dibibir masing masing.Jelas terbayang kepuasan tidak terhingga setiap ahli IMPIAN ANGLERS,setelah puas teknik tangkap dan humbam kelaut kami pun berangkat balik dengan rasa syukur kehadrat ilahi kerana melindungi kami dari perkara yang tidak diingini berlaku.

MARI KITA LIHAT AKSI JUARA TRIP KALI INI
 
 Atas Darat Asyik Tidur Jeee Bila Ada Peluang
 Dalam Bot Pun Sama Asyik Membuta jee
 TAPI BILA DIA JAGA SEMUA IKAN BESAR BESAR DIA SAPU BERSIH
LEPAS TU DIA RILEKS SAMBILGULUNG ROKOK LENTENG(CENGKIH)
Tahniah!! Buat pengarah teknikal IMPIAN ANGLERS En Rudy kerana Satu rekod peribadi buat beliau dan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua ahli IMPIAN ANGLERS

Kami tiba di Teluk Muruh pada sekitar jam 6.45 petang. Trip ditamatkan sekitar jam 10.30 malam setelah proses pembahagian ikan dilakukan dipusat operasi kami di meru klang.
Keseluruhan Hasil yang dibawa pulang:
- Ikan jenahak (Skala 1kg - 2kg) - Mencecah 5 ekor
- kerapu - 8 ekor
- Kerisi - 20 ekor
- merah - 2 ekor
-Aruan tasik – 10 ekor
- Lain lain - Malas nak kira .. hehehe

Kesimpulan Trip:- Tiada spesis GT/ Cupak/Baracuda/Ibu keisi dan lain lain ikan champion yang dinaikkan kerana pancingan menumpukan kawasan persekitaran pulau sahaja (Trip Pengenalan)

KOMEN DARI IMPIAN ANGLERS
- Servis dari Tekong adalah sangat memuaskan ( Peramah, Rajin berpindah jika tiada ragutan, menyediakan makanan Yang Sedap Sedap dan minuman sepanjang trip)

- Kemudahan di atas bot adalah sangat memuaskan ( Tandas, Dapur dan Tempat Tidur yang baik) Cuma Batang Paip Tandas Tu Pendek..Duit Yg Kami Simpan Berterabur Atas Lantai Tandas Bila Kami Flush

- Ahli Ahli dari tekong AD-1 sangat sporting dan bekerjasama dalam menjayakan trip                             

 - Trip sebegini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena pancingan Laut Dalam         

  - Kepada tekong AD-1 kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama dan harap ada diskaun pada trip akan datang.Antara Tekong Terbaik Yang Pernah Kami Temui.Abg AD memang best

Untuk Maklumat Lanjut

Tel: 019-5748722 (Tekong AD @ Awang)

Website: BOTSEWAPANCING.WEBS.COM

Emel: stoz816401@gmail.com /
TekongAD@yahoo.com

Wednesday 3 August 2011

SUDUT KESIHATAN..PENYAKIT GOUT

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan.

Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout.

Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit.

Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.

Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga).

Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.

Selain tabiat pemakanan, faktor umur dan jantina; biasanya lelaki (90 peratus) atau perempuan hampir menopaus adalah golongan paling berisiko mendapat gout.

Empat peringkat

Malah, penyakit ini boleh dihidapi pesakit kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu engkumuhan asid urik pada kadar lima kes bagi setiap 1,000 orang.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi.

Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.

Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut.

Pembentukan tophi ini biasanya berlaku selepas beberapa tahun pesakit menderita akibat gout selama beberapa tahun. Tophi juga boleh muncul di buah pinggang, yang akhirnya menyebabkan organ penting ini gagal berfungsi.

Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam.

Untuk meredakan bengkak, rasa sakit dan radang gout, pesakit boleh mengambil ubat colchicine. Ia berfungsi mengurangkan radang akibat pengumpulan kristal asid urik, tetapi tidak merendahkan paras asid ini dalam darah.

Pengambilan harian colchicine atau allopurinol dapat menghalang serangan berulang. Pengambilannya boleh dihentikan apabila paras asid urik stabil (biasanya selepas tiga bulan).Manakala codeine atau analgesik lain juga antara ubat alternatif untuk melegakan kesakitan.

Bagi gout kronik, pengambilan ubat seperti probenecid atau sulfinpyrazone boleh merendahkan paras asid urik dalam darah. Manakala allopurinol akan menghalang pembentukan enzim yang merembeskan asid urik; secara tidak langsung membantu mengurangkan pengumpulan bahan ini dalam darah.

Malah, ketika ini pesakit juga perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan pembentukan batu karang atau beralih kepada diet rendah purin dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan, minuman keras dan beberapa jenis ikan. Antara yang perlu dihindari adalah makanan kaya dengan purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sehingga kini, radang sendi tidak boleh dielak, walaupun kita tidak mengambil minuman keras atau makanan kaya purin. Justeru, pesakit gout perlu mematuhi jadual pengambilan ubat bagi membolehkan mereka menjalani rutian harian. Oleh kerana asid urik biasanya dikumuhkan melalui buah pinggang, maka gout kronik boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

INFO DARI SAHABAT KU BUJANG SUSAH

Friday 1 July 2011

Cara Memancing Ikan Tenggiri

Cara-Cara Memancing Ikan Tengiri
Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.





Ikan tenggiri jenis batang
Arus mati.
Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.

Arus perlahan.

Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.

Arus deras.

Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.

Hook Up:

hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.

Tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.

spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.

spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.

spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.

spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.

spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.

keadah untuk spot 1:
semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.

keadah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.

keadah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.

keadah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.

keadah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.

Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.

Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)

Teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.

1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.

2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.


SUDUT ILMU..CINTA RASULULLAH TERHADAP UMATNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Note: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita - ((Tmn2Syurga))



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Impian Anglers Sports Club

Impian Anglers Table Tenis Team Meru Klang Slideshow: Impian’s trip to Klang, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Klang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Impian Anglers Bowling Club

Impian Anglers Bowling Club Slideshow: Impian’s trip from Klang, Selangor, Malaysia to Klang (near Cyberjaya) was created by TripAdvisor. See another Cyberjaya slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Impian Anglers Recreaction Club

Impian Anglers Trip to Klcc n Zaini Guest Janda Baik Slideshow: Impian’s trip to Klang, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Klang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Auto Play-Lagu Khas Untuk Pelawat Impian Anglers

Lokasi Memancing Di Selangor

Sungai Tengi Sungai Merchang Pantai Remis Sungai Besar Kelang Gates Dam Ulu Selangor Semenyih Kundang Pelasari Lake Batang Berjuntal Sungai Bernam Sungai Sepang Pulau Angsa One Fathom Bank Pulau Tekukur Jeram Pulau Ketam Bukit Beruntung

BLOGGER X-CHANGE LINK PROGRAM