Impian Anglers slide show

Impian Anglers Crew 2011 Slide Picture

Aktiviti Pertama Kami Tahun 2012

Trip Pertama Tahun 2012 Impian Anglers Keperairan Sg besar-Sempadan Malaysia-Indonesia Pada March Dan April 2012.Kepada Yang Berminat Sila Hubungi Pengerusi Anglers En Azlan Di Talian 012-9731300 Atau Pengarah Teknikal Impian Anglers En Jo 012-2136732 Atau 012-23904471.
NOTA
Bagi Mereka Yang Ada Ciri Ciri Mabuk Laut,Takut Tak Tentu Pasal,Meroyan Tiba Tiba,Ada Masaalah Seksual,Sawan Babi,Gila Babi,Darah Tinggi Dan Jantung Kronik Tidak Di Benarkan Ikut Serta,Pihak Impian Anglers Tidak Akan Bertanggungjawab Jika Berlaku Sesuatu Terhadap Mereka Yang Cuba Menyembunyikan Personaliti Diri Yang Ada Ciri Ciri Di Atas..Harap Maklum

Impian Anglers Video.mp4 At youtube

Loading...

Wednesday, 3 August 2011

SUDUT KESIHATAN..PENYAKIT GOUT

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan.

Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout.

Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit.

Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.

Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga).

Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.

Selain tabiat pemakanan, faktor umur dan jantina; biasanya lelaki (90 peratus) atau perempuan hampir menopaus adalah golongan paling berisiko mendapat gout.

Empat peringkat

Malah, penyakit ini boleh dihidapi pesakit kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu engkumuhan asid urik pada kadar lima kes bagi setiap 1,000 orang.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi.

Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.

Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut.

Pembentukan tophi ini biasanya berlaku selepas beberapa tahun pesakit menderita akibat gout selama beberapa tahun. Tophi juga boleh muncul di buah pinggang, yang akhirnya menyebabkan organ penting ini gagal berfungsi.

Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam.

Untuk meredakan bengkak, rasa sakit dan radang gout, pesakit boleh mengambil ubat colchicine. Ia berfungsi mengurangkan radang akibat pengumpulan kristal asid urik, tetapi tidak merendahkan paras asid ini dalam darah.

Pengambilan harian colchicine atau allopurinol dapat menghalang serangan berulang. Pengambilannya boleh dihentikan apabila paras asid urik stabil (biasanya selepas tiga bulan).Manakala codeine atau analgesik lain juga antara ubat alternatif untuk melegakan kesakitan.

Bagi gout kronik, pengambilan ubat seperti probenecid atau sulfinpyrazone boleh merendahkan paras asid urik dalam darah. Manakala allopurinol akan menghalang pembentukan enzim yang merembeskan asid urik; secara tidak langsung membantu mengurangkan pengumpulan bahan ini dalam darah.

Malah, ketika ini pesakit juga perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan pembentukan batu karang atau beralih kepada diet rendah purin dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan, minuman keras dan beberapa jenis ikan. Antara yang perlu dihindari adalah makanan kaya dengan purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sehingga kini, radang sendi tidak boleh dielak, walaupun kita tidak mengambil minuman keras atau makanan kaya purin. Justeru, pesakit gout perlu mematuhi jadual pengambilan ubat bagi membolehkan mereka menjalani rutian harian. Oleh kerana asid urik biasanya dikumuhkan melalui buah pinggang, maka gout kronik boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

INFO DARI SAHABAT KU BUJANG SUSAH

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Impian Anglers Sports Club

Impian Anglers Table Tenis Team Meru Klang Slideshow: Impian’s trip to Klang, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Klang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Impian Anglers Bowling Club

Impian Anglers Bowling Club Slideshow: Impian’s trip from Klang, Selangor, Malaysia to Klang (near Cyberjaya) was created by TripAdvisor. See another Cyberjaya slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Impian Anglers Recreaction Club

Impian Anglers Trip to Klcc n Zaini Guest Janda Baik Slideshow: Impian’s trip to Klang, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Klang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Auto Play-Lagu Khas Untuk Pelawat Impian Anglers

Lokasi Memancing Di Selangor

Sungai Tengi Sungai Merchang Pantai Remis Sungai Besar Kelang Gates Dam Ulu Selangor Semenyih Kundang Pelasari Lake Batang Berjuntal Sungai Bernam Sungai Sepang Pulau Angsa One Fathom Bank Pulau Tekukur Jeram Pulau Ketam Bukit Beruntung

Taip Impian Anglers Utk Lihat Aktiviti Kami Di Youtube

Loading...

BLOGGER X-CHANGE LINK PROGRAM