Diadaptasi dari web geng ronda kolam
Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk Ikan.
Ikan Air Tawar.
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air.
1. Kelapa Sawit
2. Buah Neram
3. Ulat Sagu
4. Cengkerik
5. Ubi Kayu
6. Cacing Tanah
7. Perut Ayam
8. Gewang (mengilat).
1. Kelapa Sawit
2. Buah Neram
3. Ulat Sagu
4. Cengkerik
5. Ubi Kayu
6. Cacing Tanah
7. Perut Ayam
8. Gewang (mengilat).
Ikan Air Masin. ( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.
1. Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2. Gewang (Rapala).
3. Sotong Hidup.
1. Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2. Gewang (Rapala).
3. Sotong Hidup.
Umpan Air Masin (Muara Laut). (Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.
1. Udang Hidup
2. Perumpun (Umpun-umpun)
3. Tamban
4. Wat Wat Bakau
5. Hirisan Ikan
6. Gewang (rapala)
Umpan Sungai/Lombong/Anak Sungai & Tali Air. (Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Masin.
1. Anak Katak.
2. Cacing.
3. Anak Udang.
4. Pisang.
5. Tepung & Dedak (Hong) Roti.
6. Cengkerik.
7. Anak Ikan
8. Hati Ayam.
9. Telur Kerengga.
1. Anak Katak.
2. Cacing.
3. Anak Udang.
4. Pisang.
5. Tepung & Dedak (Hong) Roti.
6. Cengkerik.
7. Anak Ikan
8. Hati Ayam.
9. Telur Kerengga.
No comments:
Post a Comment