Salam.. insyaAllah pada bulan Sept 17,18 2011 ini penulis akan menyertai 1 trip memancing diperairan Pulau Jarak bersama Geng Impian Anglers Dari Meru Klang
Lokasi Bertanda A adalah Pulau Jarak
Dasar Pulau Jarak Pada Kedalaman 45mtr
Dasar Pulau Jarak Pada Kedalaman 35mtr
Karang Pulau Jarak 25mtr
Khidmat Bot
Menggunakan Khidmat Bot A.D 1 (max. 8 person)
Bot dilengkapi Sonar,GPS dan Radar. Bot akan naik di Jeti Perikanan Kg Aceh ( Lumut Port ) Perak.
Menggunakan Khidmat Bot A.D 1 (max. 8 person)
Bot dilengkapi Sonar,GPS dan Radar. Bot akan naik di Jeti Perikanan Kg Aceh ( Lumut Port ) Perak.
- (Sumber gambar Ex-Navy Anglers berpengkalan di Teluk Muroh, Lumut, Perak)
Muatan Pemancing
Pemancing: 8 orang pemancing.
Kaedah PancinganPemancing: 8 orang pemancing.
Pancingan Dasar,Jigging, Popping, Trolling,
Spesis Pancingan
Kerapu Besar / Kerapu / Jenahak / Kakap Merah / Ibu Kerisi / Cermin / Merah / Gt / Tenggiri
Umpan
Ikan Kembong mati - Disediakan
Sotong Pasar - Kena beli sendiri / Organiser akan sediakan ikut permintaan dan bayaran ikut harga semasa sotong di pasar. Udang Lipan - Bleh pesan dengan organiser jika ada bekalan.
Ini adalah kali pertama penulis kesana oleh itu dari pencarian maklumat dan tips, organizer telah memperincikan detail seperti yang diberikan dibawah.
Maklumat Dibawah (bertanda merah)diolah dan diperolehi darisumber http://utaraanglers.com/board/viewtopic.php?f=156&t=1467 disediakan oleh Anglermy UAT
Maklumat Dibawah (bertanda merah)diolah dan diperolehi darisumber http://utaraanglers.com/board/viewtopic.php?f=156&t=1467 disediakan oleh Anglermy UAT
Keperluan serta Info:
1. Set memancing
Dicadangkan set memancing laut berkekuatan 30lb - 50lb yang mempunya 2 speed, dan yang terbaik adalah mengunakan EFR (Bangla) kerana ia akan memudahkan pemancing mengarau untuk memeriksa umpan dan menahan asakan mangsa didasar, tetapi ia bukanlan wajib dan bergantung kepada pemancing itu sendiri. Sekiranya berminat untuk mencuba bangla boleh dimaklumkan awal untuk proses tempahan di kedai di Air Tawar dengan Kadar sewaan RM80.00 keatas untuk 3 hari Memancing. Mainline slalunye braided 80 - 100lb.

2. Kelengkapannya
Lazimnya perairan jarak terkenal dengan arus pasang surutnya yang laju dan boleh menerbangkan ladung bersaiz kecil oleh itu sediakanlah ladung bersaiz 520 - 620 atau 18 - 22...spare2 saiz 720 & 24 sama, untuk mengatasi masalah ini. Matakail jenis ownwer saiz 3/0 - 5/0 dan ade pemancing yg guna sehingga saiz 7/0 atau 8/0 utk cari kerapu bagak namun saiz 5/0 sudah memadai, sekiranya umpan dirasakan besar 2 matakail digunakan untuk mengaplikasikannya.
3. Perambut dan Kaedahnya
Perambut siang 60lb dan sebelah malam 80lb atau pun 100lb, Cuba cari diameter kasar takut kerapu lari masuk karang dan ia boleh mengurangkan risiko putus. Tanduk atau Ranggung adalah kemestian dan yang terbaik adalah yang panjang dan bahan pembuatan tidak mempengaruhi diet ikan , dari bahan logam atau besi pun tiada masalah. Umpan kembong mati disediakan namun mesti bawa appolo umpan hidup saiz 10 atau 12 utk cari selar hidup.Bawa sama candat sotong ( Jenis Yamashita antara yg terbukti ) utk candat sotong fresh waktu malam. Perambut sepanjang 2-3depa pada sebelah malam manakala gunakan perambut appolo atau perambut bercabang 2mata pada sebelah siang ( akan ditunjukkan masa atas bot nanti ).
4. Lain-lain
Tong ikan mestilah dibawa naik ke atas bot, pihak bot akan agih2 umpan temenung mati dan masukkan dlm tong kita....takde tong tong sila share dgn kwn atau bagitau utk 2org 1 tong.Tempat duduk akan diundi supaya adil kpd semua. Air minuman sejuk & buah2an atau makanan tambahan atas sendiri. Bot bergerak lebih kurang kul 8.30am dr Jeti LKIM kpg Acheh, Sitiawan...sila berada di Jeti lebih kurang 8.00am

Kami hanya merancang Tuhan menetukan segalanya. Dengan berkat doa keluarga dan sahabat handai, semoga perancangan dan perjalanan trip ini berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..
No comments:
Post a Comment